BERITA COVID–19   Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | Trend kes COVID-19 di Labuan kembali meningkat | 
PASARAN

Ringgit ditutup tinggi berbanding Dolar AS

05/08/2022 07:12 PM

Oleh Sharifah Pirdaus Syed Ali

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat kerana dolar semalaman menyusut sedikit dalam persekitaran kesan positif susulan daripada kenyataan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) untuk menaikkan kadar faedah serta pelabur menunggu lebih banyak petunjuk pada data, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4490/4520 berbanding dolar AS ketika ditutup pada 4.4565/4590 pada Jumaat.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata selepas didagangkan lebih tinggi disebabkan oleh sentimen risiko yang menggalakkan, ringgit mencecah paras terendah harian berikutan peniaga tempatan bersikap berhati-hati menjelang data pembayaran gaji bukan ladang (NFP) dijadual dikeluarkan malam ini.

“Harga minyak yang lebih rendah dengan minyak mentah Brent kembali ke paras bawah AS$100, ia mungkin menjejaskan risiko begitu juga dengan kesan trend kenaikan minggu ini dalam risiko geopolitik.

“Harga minyak mencecah paras terendah dalam tempoh enam bulan minggu ini. Kebimbangan mengenai permintaan minyak terus mendominasi selepas jumlah permintaan petrol AS yang lemah pada awal minggu ini dan juga apabila bank pusat menaikkan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit merosot berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali pound Britain.

Mata wang tempatan turun berbanding euro kepada 4.5513/5544 daripada 4.5398/5424 pada Khamis dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3459/3484 daripada 3.3228/3251 sebelumnya.

Ia juga menguncup berbanding dolar Singapura kepada 3.2330/2355 daripada 3.2310/2333 pada Khamis bagaimanapun meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3989/4025 daripada 5.3989/4025 semalam.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan