BERITA COVID–19   COVID-19: Lebih 22.9 juta dewasa lengkap divaksin | KKM tidak cadang lanjut vaksinasi PICKids | Kejayaan Malaysia masuk fasa peralihan ke endemik turut dibantu kempen COVID-19 RTM | “Tahniah rakyat Malaysia” - Khairy | COVID-19: Satu lagi kematian dilaporkan di Korea Utara | 
PASARAN

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

13/05/2022 07:45 PM

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup 0.11 peratus lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan minat belian, kata seorang penganalisis. 

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.3980/3995 berbanding dolar AS 4.3935/3945 ketika ditutup pada Khamis.

Penganalisis itu berkata ringgit tidak bertindak balas dengan positif berbanding dolar AS walaupun prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia lebih baik untuk suku pertama 2022.

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan bahawa ekonomi pulih semula pada suku pertama 2022 dengan pertumbuhan lima peratus berbanding penguncupan 0.5 peratus pada suku yang sama tahun lepas, dirangsang oleh permintaan domestik yang bertambah baik berikutan aktiviti ekonomi terus pulih dengan pelonggaran langkah-langkah pembendungan.

Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata ekonomi domestik dijangka akan terus pulih tahun ini, dengan pertumbuhan dijangka antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus pada 2022, disokong oleh permintaan domestik yang lebih kukuh, pengembangan berterusan dalam permintaan luar dan peningkatan berterusan dalam pasaran buruh.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain. 

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1482/1497 daripada 3.1488/1500 ketika ditutup pada Khamis, meningkat berbanding euro kepada  4.5625/5640 berbanding 4.5820/5830 semalam dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.4127/4142 daripada 3.4145/4156.

Bagaimanapun, unit tempatan itu susut berbanding pound Britain kepada 5.3568/3586 daripada 5.3539/3551 sebelumnya.

-- BERNAMA


 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan