BERITA COVID–19   PKPD di Kampung Serumah, Padawan mulai esok - JPBN | 205 individu ditahan semalam ingkar SOP PKP - Ismail Sabri | COVID: 1,680 kes baharu, tujuh kematian direkodkan hari ini | MAIS salur wang fidyah RM545,500, bantu 5,455 keluarga terkesan COVID-19 | Aktiviti sukan, rekreasi individu dan berpasukan dibenarkan di kawasan PKPB, PKPP | 
PASARAN

Niaga Hadapan MSM ditutup tinggi

23/02/2021 07:44 PM

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 23 Feb  -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjangka stok minyak sawit rendah pada akhir bulan ini. 

Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura Dr Sathia Varqa berkata kenaikan dalam niaga hadapan MSM turut disokong oleh pengukuhan harga minyak kacang soya dan minyak mentah.

Pendapat beliau turut dipersetujui oleh peniaga minyak sawit David Ng, yang bersetuju bahawa kenaikan yang kukuh dalam prestasi minyak kacang soya semalaman membantu meningkatkan niaga hadapan MSM.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM3,500 dan paras halangan pada RM3,750,” katanya kepada Bernama. 

Pada penutup, kontrak niaga hadapan MSM bagi Mac 2021 naik RM62 kepada RM4,007 satu tan, April 2021 meningkat RM135 kepada RM3,874 satu tan, Mei 2021 menambah RM132 kepada RM3,676 satu tan dan Jun 2021 naik RM105 kepada RM3,512 satu tan.  

Jumlah dagangan meningkat kepada 66,719 lot daripada 40,514 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 266,230 kontrak daripada 232,828 kontrak sebelum ini.  

Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan naik RM65 kepada RM4,025 satu tan. 

-- BERNAMA

 



 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan