KUALA LUMPUR, 23 Feb -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi di pasaran tunai.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2021 jatuh 4.0 mata kepada 1,571.0, Mac 2021 turun 5.0 mata kepada 1,560.0, Jun 2021 susut 7.5 mata kepada 1,554.5, sementara September 2021 berkurangan 6.0 mata 1,549.5.
Jumlah dagangan bertambah kepada 30,446 lot daripada 11,783 lot Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 66,641 kontrak daripada 45,994.
Indeks penanda aras FBM KLCI merosot 5.41 mata untuk ditutup kepada 1,565.05 hari ini berbanding 1,570.46 pada Isnin.
-- BERNAMA
© 2021 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan