Sabtu, 16 Januari 2021
13/01/2021 11:49 AM

KUALA LUMPUR, 13 Jan -- Pergerakan penumpang pada Disember 2020 yang positif membantu mendorong saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) naik 3.8 peratus pada 11 pagi.

Sahamnya meningkat 20 sen kepada RM5.50 dengan 741,000 saham bertukar tangan.

Pengendali lapangan terbang itu semalam mengumumkan pengenalan tujuh laluan penerbangan tempatan baharu meningkatkan pergerakan penumpang domestik sebanyak tiga kali ganda pada Disember 2020 berbanding bulan sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata lebih satu juta penumpang melakukan perjalanan dalam negara melalui rangkaian 39 lapangan terbang Malaysia Airports bulan lepas, memberikan petunjuk kepada pemulihan perjalanan udara yang menggalakkan.

“Berbanding November 2020, purata pergerakan penumpang harian pada Disember naik 50 peratus kepada 34,500, dengan pergerakan domestik harian tertinggi dicatatkan sebanyak 54,000 pada 27 Dis,” katanya.

Mohd Shukrie berkata AirAsia dan Firefly membuat keputusan strategik untuk menyediakan laluan domestik baharu sebagai respons kepada permintaan pasaran COVID-19.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan