Selasa, 01 Disember 2020
PASARAN
21/11/2020 10:39 AM

KUALA LUMPUR, 21 Nov -- Kadar jangka pendek dijangkakan kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada pasaran kewangan.

Bagi minggu ini, kadar faedah semalaman Islam purata berada pada 1.73 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.81 peratus dan 1.86 peratus.

Bagi minggu yang baharu berakhir, BNM menjalankan operasi bagi mengurangkan lebihan mudah tunai setiap hari daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender pasaran wang konvensional, tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam dan tender Qard.

Mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu ini meningkat kepada RM32.39 bilion daripada RM27.30 bilion pada minggu lepas, manakala dalam sistem Islam, ia naik kepada RM12.69 bilion daripada RM11.60 bilion sebelum ini.

-- BERNAMA  

 

 

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan