Selasa, 01 Disember 2020
PASARAN
20/11/2020 06:34 PM

KUALA LUMPUR, 20 Nov -- Bursa Malaysia melantun semula daripada penurunan awal untuk ditutup tinggi hari ini sejajar dengan sentimen positif di seluruh pasaran saham serantau berikutan prospek ekonomi yang bertambah baik, kata para peniaga.

Pada penutup, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.07 mata kepada 1,593.75 selepas turun naik antara paras 1,579.49 dan 1,599.49 sepanjang hari dagangan. 

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 690 berbanding 504, manakala 446 kaunter tidak berubah, 531 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 9.01 bilion unit bernilai RM5.16 bilion daripada 9.53 bilion unit bernilai RM4.48 bilion pada Khamis.

Seorang peniaga berkata kebanyakan bursa Asia berada dalam aliran meningkat berikutan prospek global yang bertambah baik dan kejayaan rantau ini dalam mengawal pandemik  COVID-19 telah menggalakkan pelaburan.

Beliau berkata keputusan bank pusat Filipina untuk menurunkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas telah merangsang kenaikan pasaran di Manila manakala langkah-langkah baharu daripada Bank of Thailand untuk membendung kenaikan baht tidak begitu berjaya. 

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun turun 0.42 peratus kepada 25,527.37 manakala Indeks Hang Seng Index Hong Kong meningkat 0.36 peratus kepada 26,451.54.

Di Bursa Malaysia, saham wajaran tinggi Maybank naik 6.0 sen kepada RM8.16, Top Glove meningkat 35 sen kepada RM7.29, Petronas Chemicals menokok 3.0 sen kepada RM6.80 manakala Public Bank jatuh 8.0 sen kepada RM18.30 dan TNB susut 6.0 sen kepada RM11.18.

Dalam kalangan kaunter cergas, AT Systematization dan VSolar naik setengah sen setiap satu masing-masing kepada 18.5 sen dan 5.0 sen, manakala Advance Synergy dan Southern Cable menokok 3.0 sen setiap satu masing-masing kepada 18.5 sen dan 36.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 86.90 mata kepada 11,463.88, Indeks FBMT 100 meningkat 85.68 mata kepada 11,246.88, Indeks FBM Emas Shariah menokok 141.88 mata kepada 13,221.77 dan FBM 70 melonjak 169.43 mata kepada 14,734.77.

FBM ACE meningkat 12.85 mata kepada 11,153.53, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.79 mata kepada 160.18, Indeks Perladangan berkurangan 4.51 mata kepada 7,344.48 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 16.19 mata kepada 14,023.32.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 4.08 bilion saham bernilai RM3.72 bilion daripada 4.62 bilion saham bernilai RM3.20 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 830.24 juta unit bernilai RM167.23 juta daripada 745.51 juta unit bernilai RM113.47 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 4.09 bilion saham bernilai RM1.27 bilion berbanding 4.16 bilion saham bernilai RM1.16 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 865.37 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.17 bilion), pembinaan (278.18 juta), teknologi (355.75 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (79.84 juta), hartanah (431.50 juta), perladangan (96.70 juta), REITs (5.55 juta), dana tertutup (28,900), tenaga (292.50 juta), penjagaan kesihatan (153.52 juta), telekomunikasi dan media (62.82 juta), pengangkutan dan logistik (210.40 juta) dan utiliti (95.27 juta).

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan