Selasa, 01 Disember 2020
PASARAN
20/11/2020 05:44 PM

KUALA LUMPUR, 20 Nov -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM32.39 bilion daripada  RM35.77 bilion pagi tadi manakala dalam sistem Islam, ia berkurangan kepada RM12.69 bilion daripada RM15.57 bilion.

Terdahulu hari ini, BNM menawarkan satu tender pasaran wang matang dan dua tender Qard.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM32.4 bilion dan RM12.7 bilion tender pasaran wang Murabahah, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Purata kadar semalaman Islam berada pada 1.73 peratus, manakala kadar seminggu, dua dan tiga minggu masing-masing berada pada 1.78 peratus, 1.81 peratus dan 1.86 peratus.

-- BERNAMA

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan