Ahad, 25 Oktober 2020
PASARAN
17/10/2020 10:55 AM

KUALA LUMPUR, 17 Okt -- Dagangan dalam kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal lengang pada minggu hadapan.

Niaga hadapan KLIBOR tidak diniagakan sepanjang minggu yang baru berakhir, dengan jumlah dagangan serta kepentingan terbuka kekal tiada. 

Bulan semerta Oktober 2020, November 2020, Disember 2020 dan Mac 2021, masing-masing ditambat pada 97.23. 

Pada akhir minggu, kadar asas KLIBOR tiga bulan ditambat pada 1.96 peratus.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan