Jumaat, 30 Oktober 2020
PASARAN
17/10/2020 10:21 AM

KUALA LUMPUR, 17 Okt -- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada pasaran kewangan.

Untuk minggu yang baru berakhir, purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 1.73 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.81 peratus dan 1.86 peratus. 

Sepanjang minggu ini, BNM campur tangan setiap hari bagi mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, tender pasaran wang pelbagai kematangan, Qard, tender pelbagai kematangan Islam Qard dan tender repo terbalik.

Bank pusat itu juga mengumumkan ketersediaan repo terbalik, perjanjian jual dan beli balik (SBBA) serta kemudahan Komoditi Murabahah Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan. 

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu ini meningkat kepada RM29.47 bilion daripada RM29 bilion minggu lepas, manakala dalam sistem Islam, ia jatuh kepada RM12.27 bilion berbanding RM13.9 bilion sebelumnya.

-- BERNAMA 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan