Ahad, 25 Oktober 2020
PASARAN
17/10/2020 10:20 AM

Oleh Azlee Nor Mahmud

KUALA LUMPUR, 17 Okt -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka akan didagangkan tidak berubah pada minggu hadapan disebabkan ketiadaan sebarang pemangkin.

Menurut peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Tan Jenn Yuan, emas Bursa Malaysia mungkin tidak banyak berubah di tengah-tengah kekurangan sebarang rangsangan fizikal sehingga menjelang pilihan raya Amerika Syarikat. 

"Tidak banyak rangsangan untuk menggerakkan pasaran emas secara signifikan," katanya kepada Bernama hari ini. 

Pasaran emas tempatan mengakhiri minggu tanpa sebarang urus niaga untuk hari kesembilan berturut-turut, dengan hanya emas fizikal merekodkan pergerakan harga.

Dari Jumaat ke Jumaat, Oktober 2020, November 2020, Disember 2020 dan Januari 2021 masing-masing kekal pada RM249.00 segram, RM247.25 segram, RM253.00 segram dan RM250.50 segram,.

Jumlah dagangan mingguan adalah sifar berbanding satu lot yang bernilai RM25,300 yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka kekal pada 24 kontrak. 

Sementara itu, harga emas fizikal susut 35 sen kepada RM246.22 segram daripada RM246.57 segram.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan