Khamis, 24 September 2020
PASARAN
12/09/2020 10:11 AM

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 12 Sept -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan, dipengaruhi oleh faktor luaran. 

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Tan Jenn Yuan berkata pembangunan vaksin COVID-19 dan data ekonomi yang lebih baik akan memberikan emas cabaran jangka pendek.

“Sementara itu, kadar faedah rendah dan negatif, dolar US yang lemah dan jangkaan rangsangan yang seterusnya dapat mengekalkan keseimbangan risiko kepada peningkatan,” katanya.   

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, September 2020 naik 20 mata kepada RM254.00 segram dan Oktober 2020 melonjak 42 mata kepada RM255.00, manakala November 2020 dan Disember 2020, masing-masing meningkat 40 mata kepada RM256.25 dan RM262.00 segram.

Jumlah dagangan mingguan sebanyak satu lot bernilai RM25,500 berbanding satu lot bernilai RM25,300 minggu lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 21 kontrak daripada 20 kontrak. 

Sementara itu, harga emas fizikal naik 85 sen kepada RM251.21 segram daripada RM250.36 segram pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan