Sabtu, 04 Julai 2020
26/06/2020 09:21 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jun -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak berubah untuk hari dagangan ke-12 berturut-turut hari ini berikutan permintaan rendah terhadap logam berharga itu.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Kien Kiong berkata penanda aras niaga hadapan emas COMEX AS, bagaimanapun, naik berikutan lonjakan kes COVID-19 yang menolak harapan kepada pemulihan ekonomi tidak lama lagi.

Pada penutup, Jun 2020, Julai 2020, Ogos 2020 dan September 2020, masing-masing tidak berubah pada RM238.60, RM238.65, RM241.00 dan RM239.45 segram.

Jumlah dagangan kekal sifar, manakala kepentingan terbuka tidak berubah sebanyak 53 kontrak.

Pada 5 petang, harga emas fizikal naik 43 sen kepada RM234.94 segram. 

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan