Rabu, 27 Mei 2020
23/05/2020 12:07 PM

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 23 Mei -- Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka akan mengalami pembetulan teknikal pada permulaan dagangan di minggu hadapan sebelum meneruskan momentum kenaikan berikutan dorongan permintaan yang lebih tinggi, kata seorang peniaga. 

Harga timah PTKL kemungkinan besar berada antara US$15,100 dan US$15,500 satu tan pada minggu hadapan.

"Pasaran mungkin melihat penurunan pada permulaan perdagangan minggu hadapan sebelum harga meningkat apabila lebih banyak peniaga kembali ke pasaran selepas cuti hujung minggu yang panjang," katanya kepada Bernama. 

Pasaran tempatan akan ditutup pada Isnin dan Selasa minggu hadapan berikutan cuti Hari Raya Aidilfitri.

Peniaga itu menambah peniaga juga akan memantau rapat perkembangan dalam Perang Perdagangan AS-China. 

Untuk minggu yang baru berakhir, logam PTKL kebanyakannya akan melihat aliran kenaikan dalam perdagangan selepas peniaga mengambil kesempatan daripada harga yang lebih rendah walaupun wujud kebimbangan terhadap pandemik COVID-19.

Harga timah bergerak secara terhad antara US$14,950 dan US$15,260 setan pada sepanjang minggu ini, dipengaruhi oleh prestasi komoditi pada Pertukaran Logam London (LME).

Pedagang dari China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Kesatuan Eropah, Pakistan dan Bangladesh menyertai peniaga tempatan dalam pasaran tempatan minggu ini.

Jumlah dagangan mingguan adalah sebanyak 88 tan berbanding dengan 75 tan metrik tan pada minggu lepas. 

Diskaun antara PTKL dan LME diperluaskan kepada US$145 setan pada Jumaat daripada diskaun sebanyak US$105 setan yang direkodkan seminggu lebih awal. 

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan