Rabu, 27 Mei 2020
PASARAN
23/05/2020 10:19 AM

KUALA LUMPUR, 23 Mei -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak seiring dengan prestasi pasaran tunai minggu depan.

Menurut Naib Presiden (Penyelidikan), Rakuten Trade Sdn Bhd, Vincent Lau berkata Bursa Malaysia diunjurkan bergerak di antara paras 1,420 dengan 1,450 minggu depan, disokong oleh pembelian secara bergilir-gilir dalam kaunter sarung tangan getah dan logistik.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, Mei 2020 meningkat 38.5 mata kepada 1,438.5; Jun 2020 menambah 39.5 mata kepada 1,433.5; September 2020 menokok 38.0 mata kepada 1,419.0, dan Disember 2020 melonjak 40.5 mata kepada 1,415.0.

Jumlah dagangan minggu ini meningkat kepada 52,769 lot daripada 47,689 lot pada minggu lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 47,394 kontrak daripada 45,406 kontrak.

FBM KLCI meningkat 33.32 mata kepada 1,436.76 daripada 1,403.44 semasa penutupan Jumaat minggu lepas.

Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya tidak beroperasi pada Isnin dan Selasa minggu depan, susulan cuti umum sempena sambutan Aidilfitri yang jatuh pada Ahad.

Dagangan akan disambung semula pada Rabu, 27 Mei, 2020.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan