Rabu, 27 Mei 2020
23/05/2020 10:16 AM

Oleh Aishah Mohmad Afandi

KUALA LUMPUR, 23 Mei  -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka akan kekal lengang pada minggu hadapan.

Menurut seorang pelabur dengan pasaran ditutup selama dua hari, minggu yang agak pendek ini akan menyaksikan penurunan permintaan berikutan pelabur menuggu arah pasaran yang selanjutnya.

"Permintaan emas antarabangsa kekal pada aliran menaik disebabkan ketegangan di antara Amerika Syarikat dan China, yang berpotensi mengancam perjanjian perdagangan yang wujud dan meletakkan perbincangan bagi fasa kedua dalam keadaan tidak menentu," katanya. 

Penanda aras emas COMEX kembali dengan beberapa daya tarikan positif pada hari perdagangan terakhir dalam minggu tersebut selepas ia pulih sebahagiannya daripada kejatuhan pada hari sebelum ini kepada paras terendah dalam satu minggu. 

Dari Jumaat ke Jumaat, Mei 2020 menurun 52 mata kepada RM234.35, Jun 2020 serta Julai 2020 menambah satu mata kepada RM240.00 dan RM 240.05, manakala Ogos 2020 meningkat 46 mata kepada RM242.40. 

Jumlah dagangan mingguan adalah sifar, sama seperti minggu sebelumnya, memandangkan urus niaga di emas bursa menjadi sunyi manakala kepentingan terbuka menokok kepada 51 kontrak daripada 50 kontrak yang dicatatkan pada minggu lepas. 

-- BERNAMA  

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan