Selasa, 07 April 2020
PASARAN
26/03/2020 09:22 PM

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 26 Mac -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak diniagakan hari ini dalam dagangan lengang kerana peniaga masih tidak memasuki pasaran berikutan kekurangan petunjuk baru.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Kien Kiong berkata pelabur mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’, menanti sama ada kesan daripada pengumuman pakej rangsangan yang diumumkan oleh beberapa negara utama akan dapat menyokong pertumbuhan ekonomi walaupun pandemik COVID-19 tidak menunjukkan sebarang petanda akan berkurangan atau terkawal.

"Emas kemungkinan akan diniagakan dengan berhati-hati menjelang pendedahan data tuntutan pengangguran awal Amerika Syarikat malam ini sebagai petunjuk unjuran ekonomi," katanya kepada Bernama hari ini.

Pada penutup, kontrak bulan semerta Mac 2020, April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020 masing-masing berada pada RM228 segram,  RM228 segram, RM228.50 segram dan RM228.60  segram. 

Jumlah dagangan sifar berbanding dua lot bernilai RMRM46,660 pada Rabu.

Manakala kepentingan terbuka turun kepada 127 kontrak daripada 128 kontrak semalam.

Pada 5 petang, harga emas fizikal turun RM3.28 kepada RM215.48 segram.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan