Selasa, 07 April 2020
PASARAN
26/03/2020 09:19 PM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Mac -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah selepas meningkat selama empat hari berturut-turut, didorong oleh aktiviti pengambilan untung.

Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Dr Sathia Varqa berkata ringgit yang meningkat dan kekurangan petunjuk baharu turut menyumbang kepada prestasinya.

Sehingga 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3300/3400 berbanding dolar US daripada 4.3838/3670 semasa ditutup semalam.

“Ringgit yang kukuh menjadikan minyak tropika mahal kepada pembeli antarabangsa.

“Bursa Dalian turut ditutup rendah berikutan olein sawit dan minyak kacang soya selepas diniagakan tinggi pada awal waktu dagangan Asia,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup, bulan semerta April 2020 merosot RM63 kepada RM2,420 satu tan, Mei 2020 susut RM23 kepada RM2,395 satu tan, Jun 2020 turun RM26 kepada RM2,357 satu tan dan Julai 2020 berkurangan RM24 kepada RM2,334 satu tan.

Jumlah dagangan naik kepada 70,780 lot daripada 59,356 lot semasa ditutup pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 287,862 kontrak daripada 271,163 kontrak sebelum ini.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan