Selasa, 07 April 2020
PASARAN
26/03/2020 07:11 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi hari ketiga berturut-turut hari ini, mendapat rangsangan daripada peningkatan permintaan terhadap aset berisiko apabila para pelabur memberikan reaksi positif kepada pelbagai siri langkah-langkah ekonomi yang diumumkan untuk menangani impak COVID-19, kata para peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3300/3400 berbanding paras penutup 4.3838/3670 pada Rabu.

Senat Amerika Syarikat hari ini meluluskan rang undang-undang US$2 trilion yang bertujuan membantu pekerja yang menganggur dan industri yang terjejas akibat pandemik COVID-19 serta menyediakan berbilion dolar untuk membeli peralatan perubatan yang diperlukan segera. 

Sementara itu, RAM Ratings hari ini berkata langkah-langkah penangguhan pinjaman yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) minggu ini akan mengekalkan kestabilan sistem perbankan di tengah-tengah gangguan yang disebabkan wabak itu.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain. 

Unit tempatan naik sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0069/0149 daripada 3.0328/0364 pada Rabu dan meningkat berbanding euro kepada 4.7396/7510 daripada 4.7516/7577. 

Ringgit turun berbanding Yen Jepun kepada 3.9342/9444 daripada 3.9334/9384 tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.1601/1737 daripada 5.2473/2530. 

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan