KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki berusia 30-an dipercayai memandu kereta melawan arus di Jalan Hang Tuah di sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Rosdi Daud berkata hasil saringan awal air kencing terhadap lelaki berkenaan mendapati dia positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
"Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952/Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadapnya akan dibuat esok," katanya dalam kenyataan malam ini.
Terdahulu, tular menerusi media sosial video memaparkan sebuah kenderaan dipandu melawan arus di ibu negara dan kemudian melintasi pembahagi jalan sebelum beredar.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial