BEIJING, 14 Nov (Bernama-CMG) -- China berjaya menyempurnakan fasa pertama ujian teknologi 6G dengan meraih kemajuan dalam lebih 300 teknologi utama.
Menurut Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT), ujian berkenaan sudah dijalankan di China selama empat tahun berturut-turut.
Naib Menterinya, Zhang Yunming berkata MIIT akan terus menggerakkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D), penetapan piawaian, ujian pengesahan dan pembangunan aplikasi secara bersepadu bagi meletakkan asas kukuh untuk pengindustrian 6G.
6G merupakan kemudahan rangkaian maklumat digital generasi baharu yang paling penting di dunia dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Teknologi berkenaan akan mewujudkan inovasi bersepadu membabitkan teknologi komunikasi, penderiaan, pengkomputeran, kepintaran dan lain-lain.
Ujian teknologi 6G yang dilakukan China merangkumi tiga fasa, iaitu menentukan hala tuju teknologi utama, membuat prototaip 6G serta membangunkan peralatan 6G prakomersial dan menjalankan ujian produk utama.
– BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial