KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi kebanyakannya pada Jumaat, mencerminkan kenaikan dalam pasaran tunai.
Pada 9.23 pagi, Ogos 2025 dan September 2025 masing-masing meningkat 8.5 mata kepada 1,526.50 dan 1,507.00 manakala Disember 2025 menambah 6.0 mata kepada 1,506.50 namun, bulan yang baru disenaraikan Mac 2026 susut 12.5 mata kepada 1,488.00.
Jumlah dagangan sebanyak 1,705 lot manakala kepentingan terbuka pada 38,205 kontrak.
Selepas 44 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 14.37 mata kepada 1,527.62 daripada 1,513.25 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial