NEW YORK, 19 Sept (Bernama-WAM) -- Organisasi bantuan kemanusiaan melaporkan bahawa Israel telah menyekat 83 peratus bantuan makanan daripada memasuki Gaza, hampir setahun selepas serangan di Semenanjung Gaza.
Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan oleh 15 organisasi bantuan, peratusan bantuan yang disekat meningkat daripada 34 peratus pada 2023 kepada 83 peratus, mengurangkan hidangan makanan bagi penduduk daripada dua kali sehari kepada sekali sehari, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Kira-kira 50,000 kanak-kanak berusia antara enam hingga 59 bulan memerlukan rawatan segera akibat kekurangan zat makanan menjelang akhir tahun ini, menurut kenyataan itu.
Organisasi yang menandatangani kenyataan itu, termasuk Save the Children, Oxfam dan Danish Refugee Council, menegaskan bahawa menyediakan bantuan adalah satu-satunya pilihan yang tersedia dalam keadaan semasa kerana ketidakmampuan untuk menguruskan situasi kemanusiaan.
-- BERNAMA-WAM
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial