KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Dua lelaki masing-masing didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memeras ugut seorang wanita supaya menyerahkan wang RM10,000 kepada mereka, bulan lepas.
Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu terhadap Ng Chun Heng, 29, dan Mohd Shaharom Abd Karim, 43, selepas mereka mengaku bersalah melakukan pemerasan itu dengan mendatangkan ketakutan kepada Gan Hui Ching, 33, di Jalan 2/142A Off Jalan Cheras di sini pada 2 pagi, 2 Jun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.
Mahkamah turut memerintahkan Ng dan Mohd Shaharom, masing-masing bekerja sebagai kontraktor penyelenggaraan dan mekanik supaya menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh namun peguam Tan Kian Peng dan Nicholas Cheoh memohon hukuman ringan berbentuk denda kerana pengakuan kedua-dua tertuduh menjimatkan kos serta masa mahkamah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial