AM

RUKUN TETANGGA PENGGERAK UTAMA EKONOMI MASYARAKAT SETEMPAT - AARON

26/06/2024 12:39 AM

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kementerian Perpaduan Negara dalam usaha membangunkan masyarakat yang progresif telah menjadikan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai penggerak utama serta penjalin hubungan yang dapat meningkatkan ekonomi sesebuah kawasan.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dalam hantaran di Facebook turut menyenaraikan beberapa projek ekonomi keluaran KRT yang telah menghasilkan kejayaan, antaranya Projek Jualan Makanan, Projek Mi Kuning Basah, Projek Ternakan Ayam Kampung Saga, Projek Perkhidmatan Penyewaan Lot Kedai dan Projek Tanaman Nanas.

Menerusi infografik yang turut dikongsikan dalam hantaran tersebut, Projek Jualan Makanan oleh KRT Lorong Haji Da di Kuala Terengganu sejak 2022 telah berjaya memperoleh keuntungan sebanyak RM70,000 setahun.

Selain itu, keuntungan lebih RM40,000 dianggarkan dalam tempoh setahun bagi Projek Mi Kuning Basah yang diusahakan KRT Taman Wawasan Victoria di Tawau, Sabah sejak 2018.

Projek Ternakan Ayam Kampung Saga di Melaka pula memperoleh RM14,000 setahun, RM12,000 bagi Projek Perkhidmatan Penyewaan Lot Kedai di Perak dan RM10,000 untuk Projek Tanaman Nanas di Hulu Terengganu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan