EKONOMI

KRONOLOGI CARI PELUANG SERTAI PROJEK PUSAT DATA GOOGLE

25/06/2024 10:39 PM

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) –  Kronologi Asia Bhd, syarikat perkhidmatan teknologi maklumat sedang mencari peluang untuk mengambil bahagian dalam projek pusat data Google bernilai RM9.4 bilion di Selangor yang diumumkan baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Kronologi Tan Jeck Min berkata syarikat sedang memantau dengan teliti dalam mencari cara untuk syarikat memenuhi keperluan bagi projek berkenaan.

"Apabila melibatkan projek seperti ini, semua orang akan berminat untuk terlibat jadi kita perlu melihat bagaimana kita boleh terbabit dalam projek ini," katanya kepada pemberita selepas taklimat korporat (kemas kini tahun kewangan korporat 2024) di sini hari ini.

 Kronologi terlibat dalam perniagaan perkhidmatan teknologi, yang merangkumi teknologi infrastruktur pengurusan data perusahaan (EDM IT) dan segmen awan serta hibrid sebagai perkhidmatan (AAS).

Menurut laporan, gergasi teknologi Google bersedia untuk melabur US$2 bilion di Malaysia, termasuk pembangunan pusat data pertama Google dan wilayah Awan Google untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan awan di dalam negara dan di seluruh dunia, serta program celik kecerdasan buatan (AI) untuk pelajar dan pendidik.

Google telah memilih Elmina Business Park milik Sime Darby Property di Sungai Buloh, sebagai tapak untuk membangunkan pusat data dan wilayah awan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan