AM

TANAH RUNTUH DI KAKI GUNUNG KINABALU

24/06/2024 02:22 PM

RANAU, 24 Jun (Bernama) -- Kejadian tanah runtuh berlaku di kaki Gunung Kinabalu sekitar Mesilou, Kundasang di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata tiada kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat kejadian itu.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau bergerak ke tempat kejadian dan pemantauan masih dilakukan hingga kini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ketua BBP Ranau Ridwan Mohd Taib berkata pemantauan bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dijalankan berhampiran lokasi runtuhan bagi memastikan masyarakat di kawasan berhampiran selamat.

Dalam pada itu seorang pemilik inap desa di Mesilou Ahmad Raqif Hamzali, 47, berkata penduduk di kawasan itu merasai gegaran sekitar 9 hingga 10 pagi.

“Bila lihat macam ada air turun dari atas gunung (Gunung Kinabalu) ke bawah...tetapi kawasan itu jauh dari rumah orang dan kawasan mendaki (laluan mendaki),” katanya.

Menurutnya kejadian itu menyebabkan Sungai Mesilou menjadi keruh dan berlumpur.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan