AM

AGONG BERKENAN TERIMA MENGHADAP RAJA BHUTAN

22/06/2024 06:01 PM

JOHOR BAHRU, 22 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Raja Bhutan Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck di Istana Bukit Serene di sini. 

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsikan di platform media sosial itu. 

Turut mengiringi dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira dua jam itu ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman. 

Tetamu diraja itu turut diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari bersama Seri Paduka Baginda dan Pemangku Sultan Johor. 

“Saya juga telah membawa Raja Bhutan ke sekitar Johor Bahru dan baginda telah menyatakan hasrat datang semula bersama keluarga untuk bercuti di Johor.

“Baginda juga memanjangkan hasrat menjemput saya ke Bhutan dalam mengeratkan hubungan dua hala antara Bhutan dan Malaysia,” titah Sultan Ibrahim. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan