BERITA TERGEMPAR   PM Anwar akan teruskan tradisi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI di lapan negeri, bermula di Melaka, 5 April ini -Setiausaha Akhbar | 
 DUNIA

Niaga Hadapan Fbm Klci Dijangka Dalam Aliran Rendah Minggu Depan

22/06/2024 10:19 AM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka berada dalam aliran rendah minggu depan, menjejaki pasaran tunai.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata Bursa Malaysia boleh bergerak dalam julat 1,590 hingga 1,610 mata, dengan dagangan mungkin didorong oleh pelabur domestik.

Beliau berkata Wall Street dijangka berubah kepada prestasi bercampur-campur minggu depan memandangkan pelabur mungkin mencari keuntungan, terutama dalam syarikat teknologi.

“Di peringkat domestik, pengumuman berjadual mengenai data penunjuk utama minggu depan akan mempengaruhi keyakinan dan jangkaan pelabur,” katanya kepada Bernama.

Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, Jun 2024 susut 16.5 mata kepada 1,592.00, Julai 2024 turun 16.0 mata kepada 1,597.50, September 2024 kurang 15.0 mata kepada 1,583.50 dan Disember 2024 menguncup 14.0 mata kepada 1,591.00.

Semasa minggu dagangan singkat itu, jumlah dagangan bertambah kepada 32,263 lot daripada 27,801 lot pada minggu lepas, manakala kepentingan terbuka naik kepada 55,901 kontrak daripada 50,046 kontrak.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI susut 7.95 mata kepada 1,599.37 daripada 1,607.32 minggu lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan