AM

DANA SUMBANGAN AGONG DIGUNAKAN UNTUK INISIATIF KEMENTERIAN PENGANGKUTAN - LOKE

20/06/2024 11:33 AM

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Dana bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas sebanyak RM1.75 juta yang disalurkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada kerajaan Persekutuan akan digunakan untuk beberapa inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata antara inisiatif itu ialah bantuan tambang penerbangan untuk siswa (FlySiswa) antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak; program MyLesen untuk golongan B40 serta penukaran topi keledar baharu untuk penunggang motosikal.

“Menjunjung kasih Tuanku! Patik mewakili Kementerian Pengangkutan amat menghargai sumbangan yang disalurkan oleh Tuanku dan keprihatinan Tuanku terhadap kebajikan rakyat. Daulat Tuanku!,” menurut Loke dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, dalam perkongsian menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar nilai bidaan yang disalurkan kepada kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.

Menurut catatan itu, nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan