AM

RAJA MUDA SELANGOR BERKENAN MELAWAT PASAR MALAM SEKSYEN 7

19/06/2024 09:59 PM

SHAH ALAM, 19 Jun (Bernama) -- Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat melawat pasar malam Seksyen 7 di sini hari ini. 

Keberangkatan baginda bersempena dengan Jelajah Gagasan Rumpun Selangor bagi daerah Petaling yang bermula hari ini diiringi Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Datuk Rizam Ismail serta Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi.

Dalam lawatan kira-kira sejam itu baginda berkenan meninjau ke gerai-gerai jualan serta menyerahkan sumbangan apron dan topi kepada peniaga sambil beramah mesra dengan pengunjung.

Lebih istimewa 500 pengunjung terawal berpeluang mendapatkan kupon digital Rahmah PLATS (Platform Selangor) bernilai RM10 setiap seorang yang disumbangkan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI dengan nilai keseluruhan RM5,000. 

Seorang pelajar Rahman Ahmad, 22, ketika ditemui berkata kupon berkenaan membantunya untuk menjimatkan perbelanjaan pada hari ini. 

"Saya pun agak kerap berkunjung ke sini untuk beli makanan...bagi saya membantu (pemberian kupon) sebab sebagai pelajar kita memang nak kena berjimat," kata pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal itu. 

Seorang lagi pelajar Muhammad Zahir Anwar Abdullah, 21, pula berkata walaupun nilai kupon berkenaan tidak seberapa namun sebagai seorang pelajar ia memberikan sedikit kelegaan kepada poketnya. 

-- BERNAMA 


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan