DUNIA

BURSA MALAYSIA RENDAH PADA TENGAH HARI

19/06/2024 02:19 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia diniaga rendah pada sesi dagangan tengah hari ini disebabkan pengambilan untung yang diterajui oleh produk dan perkhidmatan pengguna dan industri.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 0.23 peratus atau 3.76 mata kepada 1,602.37 daripada penutupan Selasa iaitu 1,606.13.

FBM KLCI dibuka 2.34 mata lebih tinggi pada 1,608.47 dan bergerak antara 1,602.29 dan 1,609.22 sepanjang sesi pagi. 

 Kaunter rugi mengatasi untung iaitu 835 berbanding 280 manakala 444 kaunter tidak berubah, 842 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 3.37 bilion unit bernilai RM1.91 bilion.

Rakuten Trade Sdn Bhd berkata dalam persekitaran aktiviti penjualan, volum harian kekal baik semalam, berlegar sekitar enam bilion saham, oleh itu ia mengunjurkan dagangan di bursa tempatan masih dalam keadaan cergas.

Ia menjangka indeks penanda aras bergerak dalam julat 1,605-1,615 kerana Wall Street akan ditutup untuk dagangan hari ini, katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Di bursa tempatan, bagi kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Dagangan (PetDag) jatuh 28 sen kepada RM17.50, PMetal turun 9.0 sen kepada RM5.79, CIMB merosot 8.0 sen kepada RM6.75, IOI Corp menguncup 4.0 sen kepada RM3.77 dan TM berkurangan 6.0 sen kepada RM6.75.

Bagi saham paling rugi, Nestle merosot 30 sen kepada RM123.70, diikuti PetDag, Dutch Lady Milk Industries turun 22 sen kepada RM37.38, United Plantations turun 20 sen kepada RM23.60 dan Allianz jatuh 18 sen kepada RM21.88. 

Antara kaunter paling aktif pula, JCY berkurangan 3.5 sen kepada 79.5 sen, Jaks Resources dan MYEG masing-masing tidak berubah pada 18 sen dan RM1.07, Dagang Nexchange menguncup 0.5 sen kepada 49.5 sen dan ATA IMS merosot 6.0 sen kepada 45.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 42.83 mata kepada 12,322.31, Indeks FBMT 100 berkurangan 32.60 mata kepada 11,897.52 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 52.97 mata kepada 12,682.40.

Indeks FBM 70 menguncup 84.92 mata kepada 18,020.29 dan Indeks FBM ACE jatuh 71.96 mata kepada 5,777.31.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 33.04 mata kepada 17,488.65, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.87 mata kepada 197.80, Indeks Tenaga berkurangan 5.59 mata kepada 982.75 dan Indeks Perladangan merosot 24.98 mata kepada 7,005.49.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan