JENAYAH & MAHKAMAH

POKOK TUMBANG DI SIMPANG MASUK JALAN BERNAMA

18/06/2024 10:30 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Sebatang pokok tumbang di simpang masuk Jalan Bernama di sini pada 9.15 malam ini.

Menurut saksi kejadian iaitu pengawal keselamatan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Zikri Rohaizad, dia terkejut mendengar bunyi dentuman kuat ketika bertugas di pos kawalannya.

“Bila dengar bunyi itu, saya terus bergegas memeriksa kawasan sekitar dan mendapati sebatang pokok tumbang dalam keadaan melintang serta menghalang laluan keluar masuk di Jalan Bernama.

“Terdapat beberapa kenderaan tersekat namun mujur tiada kenderaan yang dihempap pokok berkenaan,” katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati keadaan cuaca baik dan tidak hujan. 

Anggota Angkatan Pertahanan Awam yang tiba pada 9.28 malam, mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong dan mengalihkan pokok tersebut bagi membolehkan kenderaan melalui jalan itu seperti biasa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan