DUNIA

PERANCIS CIPTA KEMENANGAN TIPIS 1-0 KE ATAS AUSTRIA

18/06/2024 05:48 PM

DUSSELDORF, 18 Jun (Bernama-dpa) -- Perancis mencatat kemenangan 1-0 ke atas Austria dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D Euro 2024 pada Isnin, hasil jaringan gol sendiri Maximilian Wöber pada minit ke-38, menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa).

Kylian Mbappé membantu mencipta peluang tetapi kemudiannya terpaksa keluar padang akibat kecederaan yang dialami.

Austria, dianggap sebagai ‘kuda hitam’ oleh beberapa penganalisis kerana prestasi cemerlang mereka di bawah Ralf Rangnick, hanya kalah sekali dalam 16 perlawanan sebelumnya.

Belanda menewaskan Poland 2-1 dalam perlawanan pembukaan kumpulan lain pada Ahad.

Perancis bakal berdepan Belanda pada Jumaat manakala Austria akan menentang Poland.

-- BERNAMA-dpa

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan