JENAYAH & MAHKAMAH

WARGA ASING DITEMUKAN MAUT DENGAN KESAN TIKAMAN

18/06/2024 05:24 PM

IPOH, 18 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki warga asing ditemukan maut dengan kesan tikaman dan calar di anggota badan di tapak pembinaan Taman Menglembu, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang menemukan seorang lelaki dalam keadaan muka bercalar dan tidak sedarkan diri pada 1.23 pagi.

"Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati mangsa seorang lelaki warga asing lingkugan umur 20 hingga 30 tahun dijumpai terbaring dalam keadaan mulut berdarah. 

"Sehingga kini identiti mangsa masih dalam semakan dan pengesahan daripada pihak majikan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata hasil pemeriksaan mendapati enam kesan tikaman serta kesan trauma oleh objek tumpul di bahagian kiri muka serta calar di bahagian badan mangsa dan hasil bedah siasat pagi tadi mendapati punca kematian disebabkan blunt trauma to the head iaitu hentakan benda keras di kepala.

Beliau berkata bertindak atas maklumat pihaknya menahan lapan lelaki serta seorang wanita warga asing berusia antara 21 hingga 41 tahun pada 5 pagi tadi dan direman tujuh hari hingga 24 Jun depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Sehubungan itu, polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk tampil memberi keterangan kepada Pegawai Penyiasat Kes ASP Chua Sze Yuan di talian 012-6195312 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan