AM

MALAYSIA, TURKIYE SEPAKAT TINGKAT BANTUAN KEMANUSIAAN TERUTAMA DI GAZA - PM

17/06/2024 11:25 PM

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Turkiye sepakat meningkatkan bantuan kemanusiaan khususnya di Gaza, Palestin.

Menerusi hantaran di laman Facebook malam ini, Anwar berkata perkara itu antara yang dibincangkan bersama Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam perbualan telefon mereka hari ini. 

“Presiden Erdogan turut berkongsikan pengalamannya dalam menyatakan kebimbangan serta protes kepada pembunuhan beramai-ramai di Gaza pada Sidang Kemuncak G7 di Itali yang dihadiri beliau baru-baru ini,” katanya. 

Selain mengulangi komitmen memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan, ekonomi, budaya, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, Perdana Menteri turut mengulangi jemputan kepada Erdogan untuk melawat Malaysia pada Julai atau Ogos tahun ini.

Anwar memberi jaminan lawatan itu akan menjadi lebih bermakna kerana ia seiring ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turkiye yang mula terjalin pada 17 Jun 1964 serta Perkongsian Strategik 10 Tahun antara kedua-dua negara.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan