DUNIA

5,500 SUKARELAWAN HAJI TERUS SAMPAIKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN PENTING

17/06/2024 03:20 PM

MINA, 17 Jun (Bernama-SPA) -- Kira-kira 5,500 sukarelawan kesihatan kekal berdedikasi menjamin kesejahteraan jemaah sepanjang musim haji 1445 Hijrah, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Sukarelawan ini membentuk pasukan perubatan khas yang ditempatkan di hospital dan pusat kesihatan di seluruh Makkah untuk memastikan persekitaran selamat dan sihat bagi jemaah haji.

Tugas sukarelawan terbabit merangkumi pemantauan kes kecemasan, menawarkan nasihat dan bimbingan kesihatan dan memberi rawatan perubatan yang diperlukan di dalam Masjidil Haram dan hospital-hospital berhampiran.

Pada 14 Zulhijjah, pasukan sukarelawan ini akan kembali ke Madinah dan kawasan lain yang ditetapkan bagi terus menyediakan penjagaan kesihatan kepada jemaah haji semasa perjalanan pulang.

-- BERNAMA-SPA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan