DUNIA

KAPAL HOSPITAL "PEACE ARK" MULAKAN "MISI HARMONI-2024"

17/06/2024 01:51 PM

BEIJING, 17 Jun (Bernama-CMG) -- Kapal hospital "Peace Ark" milik Tentera Laut China bertolak dari pelabuhan tentera di Zhoushan, provinsi Zhejiang di timur China untuk "Misi Harmoni-2024" pada Ahad.

Kapal itu akan akan mengadakan kunjungan ke 13 negara, antaranya termasuk Seychelles, Tanzania, Madagascar, Mozambique, Africa Selatan, Angola, Republik Congo, Gabon, Cameroon, Benin, Mauritania, Djibouti dan Sri Lanka, serta memberikan perkhidmatan perubatan kepada rakyat tempatan. Sementara itu, ia juga akan berkunjung ke Perancis dan Greece.

Ini kali ke-10 "Peace Ark" menjalankan "Misi Harmoni". Kapal hospital itu akan menawarkan perkhidmatan diagnosis dan rawatan percuma kepada penduduk tempatan, kakitangan institusi China, perantau dan keturunan Cina tempatan.

Terdapat 100 kakitangan perubatan berkhidmat di "Peace Ark" untuk misi kali ini, yang meliputi 17 jabatan klinikal dan lima jabatan diagnosis sokongan.

Selain itu, kapal itu juga dilengkapi sebuah helikopter untuk menjalankan misi penyelamatan cemas.

"Peace Ark" merupakan platform perubatan profesional khusus untuk penyelamatan perubatan maritim yang direka bentuk dan dibina oleh China sendiri, selain turut mempunyai kelengkapan dan teknologi canggih yang mempunyai harta intelek sendiri.

Sejak mula berkhidmat pada 2008, kapal itu telah memberikan perkhidmatan perubatan kepada 290,000 penduduk di 45 negara dan wilayah, menjalankan pembedahan sebanyak lebih 1,700 kali dan jarak pelayaran keseluruhannya mencatat lebih 290,000 batu nautika.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan