DUNIA

ANGKA KEMATIAN DI GAZA MENINGKAT KEPADA 37,337 ORANG

17/06/2024 10:22 AM

GAZA, 17 Jun (Bernama-WAFA) -- Angka kematian akibat serangan genosid Israel di Gaza telah meningkat kepada 37,337 orang, menurut agensi perubatan pada Ahad.

Sementara itu, bilangan mangsa yang cedera pula mencecah 85,229 orang, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

 Dalam tempoh 24 jam lalu, tentera pendudukan Israel telah melakukan empat pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, mengakibatkan 41 terbunuh dan 102 lagi cedera.

Selain itu, sekurang-kurangnya 10,000 orang masih hilang dipercayai maut di bawah runtuhan bangunan.

Serangan Israel juga menyebabkan hampir dua juta orang dipindahkan secara paksa dari seluruh Semenanjung Gaza, dengan sebahagian besar daripada mereka terpaksa berkumpul di Rafah yang padat.

-- BERNAMA-WAFA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan