AM

SULTAN KELANTAN ZIARAH MAKAM RAJA PEREMPUAN ZAINAB II DAN TENGKU AZIZAH

16/06/2024 07:51 PM

KOTA BHARU, 16 Jun (Bernama) -- Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan berangkat menziarahi makam kedua-dua nenda baginda iaitu Almarhumah Raja Perempuan Zainab II dan Almarhumah Tengku Azizah Tengku Mohd Hamzah di Makam Diraja Langgar di sini hari ini.

Baginda tiba di makam berkenaan pada 6 petang dan disambut oleh exco kerajaan negeri.

Turut berkenan berangkat Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dan majlis itu dipimpin oleh Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Raja Perempuan Zainab II, yang merupakan bonda kepada Almarhum Sultan Ismail Petra, telah mangkat di Istana Negeri Kubang Kerian pada 10 Jan 1993 ketika berusia 75 tahun manakala Tengku Azizah, yang merupakan bonda kepada Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, mangkat pada 25 Dis 1999.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan