SUKAN

HOE YEAN, ROUXIN RAIH GANGSA DI SINGAPURA

16/06/2024 01:48 PM

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Dua perenang negara menyumbang pingat gangsa di Kejohanan Renang Kebangsaan Singapura, semalam.

Majlis Sukan Negara (MSN) melalui hantaran di Instagram rasminya memaklumkan Khiew Hoe Yean meraih gangsa selepas mencatatkan 15 minit 45.37 saat (s) dalam acara 1500 meter (m) gaya bebas lelaki.

Pingat emas acara itu dimenangi Kushagra Rawat dari India yang merekodkan 15:34.31s diikuti wakil Thailand, Ratthawit Thammananthachote dengan 15:41.33s untuk perak.

Seorang lagi wakil negara Tan Rouxin pula menyumbang pingat gangsa menerusi acara 200m rampaian individu wanita selepas melakukan 21:21.09s.

Dua wakil tuan rumah Letitia Sim dan Levenia Sim mendominasi saingan selepas masing-masing mencatatkan 21:14.80s untuk emas dan 2:18.18s perak.

Terdahulu, Hoe Yean menghadiahkan pingat emas dalam acara 400m gaya bebas pada Jumaat lepas, namun catatan masa dilakukannya belum memadai untuk melayakkan atlet berusia 21 tahun itu ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Sementara seorang lagi perenang wanita Phee Jinq En pula menyumbang pingat perak dalam acara 50m kuak dada selepas mencatatkan 31.94s. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan