SUKAN

FAISAL HALIM TURUN PADANG SAKSI AKSI SELANGOR MENENTANG NEGERI SEMBILAN

15/06/2024 07:55 PM

PETALING JAYA , 15 Jun (Bernama) -- Pemain sayap sensasi Selangor FC dan Harimau Malaya Mohamad Faisal Abdul Halim menyaksikan perlawanan pusingan pertama Piala FA 2024/2025 antara skuad Gergasi Merah dan Negeri Sembilan FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, hari ini.

Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim yang hadir ke stadium bersama ahli keluarga termasuk isteri dan anak beliau ternyata menggembirakan para peminat Selangor yang membanjiri venue itu.

Faisal yang lebih mesra disapa Mickey dilihat melemparkan senyuman dan melambai ke arah para peminat yang teruja dan bersorak kepadanya.

Khamis lepas, pemain berusia 26 tahun itu membuat penampilan pertama di khalayak umum pada sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC di Shah Alam selepas insiden disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di sini, bulan lepas. 

Susulan kejadian pada 5 Mei lepas itu, penjaring gol terbaik Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lepas itu mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa anggota badan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan