AM

LAZADA TAWAR LIMA KEMUDAHAN INOVASI BANTU PENIAGA, PEMBELI

14/06/2024 10:17 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Platform e-dagang Lazada menyediakan lima kemudahan inovasi dalam membantu peniaga meningkatkan jualan mereka dan membantu pembeli lebih jimat. 

Ia melibatkan Lazada Promotion Tools, LazCoins Discount, Lazada Special Free Shipping Programme, Lazada Sponsored Solutions dan Lazada Campaign Participation.

Lazada dalam kenyataan memaklumkan dalam era pascapandemik, e-dagang menyediakan peluang utama kepada peniaga untuk meluaskan perniagaan mereka, namun kos sara hidup telah menjadi kebimbangan besar dalam kalangan pengguna menyebabkan ramai yang mengutamakan penjimatan.

“Bagi peniaga e-dagang untuk menjawab keperluan berkenaan secara berkesan, mereka perlu mampu menyediakan pilihan yang mengoptimumkan nilai buat pembeli untuk memaksimumkan perbelanjaan mereka sambil menawarkan kemudahan supercaj melalui pengalaman beli-belah yang diperibadikan,” menurut kenyataan itu.

Memandangkan promosi merupakan satu daripada cara paling berkuasa untuk menarik perhatian pembeli, Lazada Promotion Tools membolehkan peniaga memanfaatkan diskaun yang menarik menerusi Store Flash Sales dan Seller Vouchers untuk menarik pelanggan, meningkatkan jualan serta memupuk kesetiaan jenama.

LazCoins Discount pula memberi ganjaran kepada pengguna kerap dengan diskaun dan hadiah ekslusif, meningkatkan keterlihatan produk dan meningkatkan aliran pengguna ke kedai peniaga.

"Kempen hari jadi Lazada pada 2024 menyaksikan tiga kali lebih banyak LazCoins ditebus berbanding tahun lepas, menunjukkan bahawa pengguna semakin bijak dalam memanfaatkan promosi," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Lazada Special Free Shipping Programme antara lain membantu peniaga dalam menarik bakal pembeli dan meningkatkan purata perbelanjaan, kerana ia merupakan pemacu utama niat membeli. Kali selidik menunjukkan bahawa 46 peratus pembeli memilih penghantaran percuma ketika melayari.

Berkenaan Lazada Sponsored Solutions, Lazada menyatakan bahawa dua penyelesaian teratas ialah Sponsored Discovery yang menyasarkan bakal pembeli dengan meningkatkan keterlihatan kedai dalam pencarian dan cadangan Lazada.

"Dengan 94 peratus pembeli membuat pembelian melalui fungsi 'Carian' dan 71 peratus melalui hasil 'Cadangan', penyelesaian ini terbukti sangat berkesan dalam menjangkau khalayak sasaran," menurut kenyataan itu.

Menurut Lazada, Sponsored Affiliates pula memanfaatkan rangkaian luas media gabungan Lazada dan rakan kongsi KOL, memastikan akses kepada pelbagai pembeli berpotensi yang luas di luar platform.

Berkaitan Lazada Campaign Participation, kenyataan itu memaklumkan bahawa penyertaan dalam kempen Lazada menyediakan peluang besar untuk mendapatkan keterlihatan dalam kalangan pengguna yang mempunyai niat membeli yang tinggi, yang membawa kepada peningkatan jualan yang ketara untuk peniaga.

Menurut kenyataan itu Lazada menawarkan pelbagai sumber percuma kepada peniaga terutama pada Lazada University, iaitu hab kursus dalam talian yang direka untuk menajamkan kemahiran dan pengetahuan untuk berkembang maju dalam pasaran e-dagang yang pantas dan sentiasa berubah.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan