DUNIA

KEMAJUAN GUANGXI DALAM PEMBINAAN HAB PENGANGKUTAN BERORIENTASIKAN ASEAN

13/06/2024 06:02 PM

BEIJING, 13 Jun (Bernama-CMG) -- Sebagai satu-satunya wilayah di China yang berhubung dengan negara-negara ASEAN di darat dan laut, Guangxi berperanan sebagai "jendela yang terbuka" dan hab pengangkutan logistik dalam kerjasama negara dengan ASEAN, rakan dagang terbesar bagi wilayah itu untuk 24 tahun berturut-turut.

Kapasiti pemunggahan dan muatan kontena di pelabuhan Teluk Beibu di wilayah Guangxi mencecah 8 juta TEU setiap tahun, sedangkan perkhidmatan kereta api rentas sempadan laut merekod 9,000 perjalanan, hasil pelaksanaan skim pembinaan bersama laluan darat-laut baharu di kawasan bahagian barat China.

Dalam satu sidang media anjuran Jabatan Penerangan Dewan Negara China pada Rabu, seorang pegawai Guangxi memaklumkan bahawa wilayah itu telah membuahkan hasil yang memberangsangkan dalam mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu, misalnya sudah mempunyai sebanyak 10 industri perkilangan seperti mentalurgi dan automobil dan enam industri pertanian bercirikan tempatan seperti gula tebu dan buah-buahan, yang masing-masing bernilai RMB100 bilion (RM65 bilion) ke atas, sudah mempunyai 10,000 lebih perusahaan industri perkilangan yang besar dan output ekonominya meningkat dari RMB1.13 trilion (RM734 bilion) pada 2012 ke RMB2.72 trilion (RM177 trilion) pada 2023. 

Kini, Guangxi dilaporkan bertindak pantas menggerakkan pembinaan premis urus niaga yang mudah bagi kitaran domestik dan kitaran domestik-antarabangsa.

Pengerusi Guangxi, Lan Tianli dalam sidang media itu telah menggariskan beberapa perkara sebagai matlamat utama untuk fasa selanjutnya, iaitu memacu pembinaan Terusan Pinglu berdasarkan spesifikasi tinggi, mempercepat pembinaan landasan kereta api Huangtong-Baise, mendorong pembinaan pelabuhan Teluk Beibu yang bertaraf dunia dan mempergiatkan pembinaan laluan darat-laut yang baharu yang menghubungkan Guangxi dengan ASEAN dengan menggunakan tempoh masa yang paling pendek, dilengkapi perkhidmatan terbaik dan harga yang paling murah sekali gus merancakkan landskap pembangunan yang berkualiti di kawasan sempadan yang didiami penduduk etnik minoriti.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan