DUNIA

PIHAK BERKUASA THAILAND JAMIN KESELAMATAN RAKYAT MALAYSIA KETIKA MELANCONG DI THAILAND

13/06/2024 03:46 PM

NARATHIWAT (Thailand), 13 Jun (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak perlu terlalu bimbang mengenai keselamatan mereka ketika melancong ke Thailand kerana pihak berkuasa telah mengetatkan langkah keselamatan berikutan beberapa insiden letupan bom.

Mengakui Thailand sebagai antara destinasi pelancongan pilihan utama rakyat Malaysia, Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham, berkata pihak berkuasa Thailand telah mengetatkan langkah keselamatan di lima wilayah selatan, termasuk Narathiwat, Yala, Pattani, Songkhla dan Hatyai.

Bercakap kepada media, yang merupakan sebahagian daripada delegasi untuk Lawatan Rasmi Duta Besar Negara-Negara OIC ke selatan Thailand, Trakul berkata pihak berkuasa Thailand juga telah melaksanakan beberapa sekatan jalan raya untuk memastikan keselamatan pelancong antarabangsa.

“Rakyat Malaysia bagaimanapun dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga keselamatan diri dan membawa dokumen penting semasa melancong ke Thailand,” katanya.

Thailand dikenali dengan hidangan kulinari yang lazat, menjadikannya destinasi popular bagi penggemar makanan dari Malaysia. 

Sungai Golok-Rantau Panjang, yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand agak sibuk terutama pada hujung minggu.

Sambil mengalu-alukan kedatangan rakyat Malaysia untuk meneroka pelbagai tarikan pelancongan di Thailand, Trakul berkata mereka yang membawa kenderaan ke Thailand harus mematuhi undang-undang jalan raya Thailand.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan