DUNIA

BLINKEN DIJADUAL HADIR PERSIDANGAN BANTUAN KEMANUSIAAN UNTUK GAZA

11/06/2024 05:59 PM

GAZA, 11 Jun (Bernama-dpa) -- Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken dijadual menghadiri persidangan bantuan kemanusiaan bagi Semenanjung Gaza yang dihoskan Jordan pada Selasa, ketika beliau meneruskan lawatan ke Asia Barat untuk perjanjian menamatkan perang antara Israel dan Hamas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Persidangan itu bertemakan "Call for Action: Urgent Humanitarian Response for Gaza", yang dianjurkan oleh Jordan, Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mesyuarat itu akan dihadiri oleh para pemimpin, menteri luar dan pegawai dari 75 negara serta wakil pertubuhan antarabangsa, termasuk Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, menurut laman sesawang persidangan itu.

“Perang di Gaza kini berlanjutan hampir lapan bulan, dengan ramai orang awam terkorban serta penderitaan yang dialami lebih 2.3 juta rakyat Palestin di seluruh Semenanjung.

"Kebuluran akan berlaku di banyak kawasan di Gaza; trauma berleluasa; dan banyak tempat musnah. Tiada tempat yang selamat di Semenanjung, dan akses kepada makanan, air, tempat tinggal, atau ubat-ubatan boleh dikatakan tidak wujud," menurut penganjur.

Persidangan itu bertujuan untuk "mengalu-alukan komitmen bagi respons kolektif dan terkoordinasi demi menangani situasi kemanusiaan di Gaza", antara lain.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan