DUNIA

KEMANUSIAAN BERAKAR DI TRADISI DAN KEBUDAYAAN CHINA

11/06/2024 04:18 PM

GENEVA, 11 Jun (Bernama-CMG) -- Prinsip kemanusiaan antarabangsa berakar di tradisi China, kata Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Mirjana Spoljaric Egger semasa diwawancara oleh Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Ketika mengenang kembali lawatan rasmi pertamanya ke China setelah menyandang jawatan Presiden ICRC, Spoljaric menyifatkan pertemuannya dengan Presiden China, Xi Jinping pada September tahun lepas signifikan, dan berbesar hati kerana Xi komited terus mementingkan kemanusiaan.

"China sebagai penggiat politik, ekonomi, kedamaian dan keselamatan baik dalam senario global mahupun senario serantau, diharap berperanan serta bersuara lantang dalam menggalakkan pelbagai negara menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa," katanya.

Semasa menghadiri Persidangan Penganugerahan Nightingale Ke-49 yang merupakan sebahagian dalam jadual lawatannya ke China pada 5 Sept, 2023, Spoljaric telah mengucap tahniah kepada China, negara yang memenangi paling banyak hadiah dalam temasya itu.

"Saya terharu ketika melihat jururawat China yang teruja menerima hadiah terbabit, yang dilaporkan bersemangat budiman dan dermawan dalam menjalankan tugasan kemanusiaan masing-masing," katanya.

Menurut beliau, ICRC berharap agar bersama dengan China, negara penyokong teguh bagi kerja ICRC, membuahkan hasil yang memberangsangkan dan konkrit melalui wahana kerjasama yang sedia ada dan perjanjian yang termeterai.

Sementara itu, Spoljaric juga menyeru pelbagai negara agar mempertahankan keberkecualian pertubuhan berkenaan dan melindungi amalan yang berkecuali dalam sebarang tindakan kemanusiaan memandangkan keberkeculian adalah prasyarat untuk menyediakan bantuan kemanusiaan dalam situasi yang amat rumit dan keganasan ekstrem.

-- BERNAMA-CMG


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan