DUNIA

BRICS DIHARAP BERKEMBANG JADI MEKANISME KERJASAMA MULTILATERAL JENIS BAHARU - MENTERI LUAR CHINA

11/06/2024 04:43 PM

NIZHNY NOVGOROD, 11 Jun (Bernama-CMG) -- 'BRICS Raya' perlu dimanfaatkan sepenuhnya dari segi kepentingan strategik dan impak politik supaya pertubuhan itu dapat dibina menjadi mekanisme kerjasama multilateral jenis baharu yang bertapak di pasaran baharu muncul dan negara-negara membangun, serta terbuka kepada dunia secara inklusif.

Menteri Luar China Wang Yi semasa menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS di bandar Nizhny Novgorod, Rusia pada Isnin berkata meskipun berdepan dengan pergelutan antara kekuatan yang menggalakkan multipolarisasi dunia dan kuasa yang mengekalkan hegemoni unipolar serta pertembungan antara amalan globalisasi ekonomi dengan amalan anti-globalisasi di dunia, pelbagai pihak perlu mengikuti aliran perkembangan sejarah, menegakkan keadilan untuk membuat pilihan yang tepat.

Beliau yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China menyatakan bahawa melihat ke hadapan, 'BRICS Raya' dikehendaki memikul tanggungjawab yang lebih besar dan mengambil tindakan yang lebih penting.    

Wang turut mencadangkan pelbagai pihak yang terlibat untuk mengukuhkan keyakinan terhadap multilateralisme demi pembangunan sejagat pada masa depan, mempunyai tekad lebih kuat untuk memelihara keamanan dan keselamatan, bertindak sebagai penggerak baharu kepada penyelesaian isu hangat secara politik, selain terus menyemarakkan aspirasi BRICS yang bersifat terbuka, inklusif, kerjasama dan sama menang untuk melonjakkan pelbagai projek kerjasama BRICS ke satu tahap yang baharu.

Pelbagai pihak khususnya peserta memberi penghargaan tinggi terhadap peranan penting mekanisme BRICS dan pencapaiannya dalam menerima keanggotaan baharu, selain bersetuju bahawa penyertaan lebih banyak negara ke BRICS telah mempercepatkan proses multipolarisasi dunia dan menggalakkan orde antarabangsa yang lebih adil dan saksama. Mereka juga menyuarakan sokongan terhadap penjalinan hubungan negara rakan kongsi dalam kerangka BRICS.

Kenyataan Bersama Menteri-menteri Luar BRICS dikeluarkan dalam majlis penutup mesyuarat itu.

Turut hadir dan mengadakan pertemuan dengan Wang, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Laos, Saleumxay Kommasith, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, Menteri Luar Brazil, Mauro Vieira, Menteri Luar Afrika Selatan, Naledi Pandor, Menteri Luar Ethiopia, Taye Atskeselassie dan Pemangku Menteri Luar Iran, Ali Bagheri Kani.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan