BERITA TERGEMPAR | PM Anwar akan teruskan tradisi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI di lapan negeri, bermula di Melaka, 5 April ini -Setiausaha Akhbar | |
TOKYO, 11 Jun (Bernama-Xinhua) -- Kementerian Pertahanan Jepun pada Selasa mengisytiharkan kematian tujuh kru yang disenaraikan sebagai hilang sejak perlanggaran dua helikopter peronda Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (MSDF) pada April, lapor Xinhua.
"Saya merasa kesal kerana kami berusaha keras mencari mereka. Saya juga berasa sedih untuk keluarga mereka," kata Menteri Pertahanan Minoru Kihara pada sidang media, sambil menambah bahawa MSDF akan terus mencari jasad kru dan bangkai helikopter berkenaan.
Bilangan kematian akibat nahas helikopter itu meningkat kepada lapan orang, dengan hanya satu mayat berjaya ditemui setakat ini.
Dua helikopter SH-60K, masing-masing membawa empat anggota MSDF, berlanggar dan terhempas semasa latihan malam pada 20 April di perairan berhampiran Kepulauan Izu, kira-kira 600 km selatan Tokyo.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial