KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Orang ramai dijemput menyertai pameran Teklonogi, Pendidikan dan Kerjaya 2023 (TEC23) yang berlangsung selama dua hari di kampus Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar, Perak bermula hari ini.
UTP dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pameran kerjaya tahunan itu menjadi platform kepada pelajar dari seluruh Malaysia meneroka peluang latihan dan kerjaya sambil mendapat pendedahan mengenai syarikat tempatan dan multinasional.
“Dianjurkan oleh pelajar UTP dengan sokongan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UTP, TEC23 berdedikasi untuk menjalin hubungan dengan banyak syarikat terkemuka.
“Usaha ini telah membawa kepada kejayaan penganjuran ceramah oleh majikan secara maya, temuduga kampus, kem permulaan kerjaya dan lawatan industri, memberikan pelajar cerapan yang tidak ternilai dan pendedahan kepada spektrum luas mengenai peluang pekerjaan,” menurut kenyataan itu.
Bertemakan Unveiling Hidden Talents, TEC23 menyediakan persekitaran yang ideal kepada bakal siswazah untuk melibatkan diri dan berhubung dengan pemimpin korporat serta profesional industri.
Menurut kenyataan itu, TEC23 menampilkan 60 reruai pempamer, rakan kongsi dan penaja yang mempamerkan spektrum luas mengenai peluang pekerjaan, menjadikannya pengalaman tidak ternilai untuk pelajar daripada pelbagai latar belakang akademik, termasuk Kejuruteraan, Geosains, Teknologi Maklumat, Perniagaan, Sains Gunaan dan banyak lagi.
Antara syarikat dan gergasi industri terkemuka yang mengambil bahagian seperti Petronas, ExxonMobil Malaysia, SLB Malaysia Marine dan Heavy Engineering Holdings Berhad.
TEC23 menganjurkan pameran kerjaya, ceramah kerjaya dan temuduga kampus serta sesi nasihat kerjaya secara percuma, penyediaan resume, temuduga olok-olok dan ulasan profil Linkedln oleh rakan kongsi.
“Selain meneroka peluang pekerjaan, peserta juga mempunyai peluang unik untuk berinteraksi dengan bakal majikan yang mungkin membawa kepada tawaran pekerjaan atau latihan segera. Para hadirin digalakkan membawa CV atau resume mereka untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang ini.
“Bagi mereka yang berminat, boleh mendaftar secara jumpa terus semasa pameran kerjaya dan kemasukan adalah percuma," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial